Tempat meluahkan perasaan, melukiskan apa yang tergambar di jiwa. Penulis adalah seorang amatur dalam penulisan dan berharap untuk memperkembangkan gaya penulisan yang lebih terkini dan berkesan di hati pembaca. Berikan komen yang jujur supaya penulis boleh memperbaiki kelemahan yang ada.

Laman Sari

TRW Menuju Mercu



Berbaju Merah berbaris megah
Langkah bersulam penuh gagah
Sorakan gempita penyokong merah
Meniupkan semangat mempertahankan maruah

Sebelas pahlawan sejuta keringat
Menggalas amanat harapan rakyat
Menjadi juara itulah matlamat
Jelata menadah doa dipanjat

Usahlah gentar wahai pahlawanku
Mengasak dan melawanlah tanpa jemu
Dengarlah hentakan gendang dipalu
Juga teriakan dan nyanyian yang padu

Gomolah Kelate Gomo selalu
Menuju puncak kejayaan sentiasa berliku
Namun pahlawan tak kenal rasa lesu
Akan berjuang menuju ke mercu

::Nukilan:: Gopal Manikam

Puisi Di Hari Lahirmu - Sisipan hati Cik Memey


Seperti baru semalam
kita bertemu dan berkenalan
kau dengan cerita kau
aku denga ceritaku
hari berganti hari
bulan berganti bulan
kita masih berteman
kini kehidupan kian sibuk
adakala kita langsung tak bersua
namun aku harap ia tidak mengubah apa-apa
selagi kita masih saling percaya

sahabat
selamat hari lahir
semoga dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki
dipermudahkan urusan
diberkati dan dirahmati Allah swt
berjaya di dunia dan akhirat
dan cuma satu minta di hari lahirmu
terusmu menjadi sahabat aku selamanya

ikhlas dari hati : cici

Andai Dia Tecipta Untukku



Sejujurnya perasaan ku ketika ini
Amat merindui pandangan matamu yang redup dan mendamaikan
Yang selalu melirikkan jelingan manja
Pasti ku ingin menatapi saban waktu bersua denganmu

Seindah halus bahasa yang ingin terungkap
Namun tidak sehalus kulitmu yang gebu
Terpancar aura muslimah yang membalut tubuhmu
Sinar keimanan yang memimpin nurani mencari redha Ilahi

Ku yakin inilah perjodohan dan ketentuan takdir Rabbul Jalil
Soal peminangan pasti diusahakan mengikut rencah Islamiah
Agar terjaga aurat mu dan menjauhkan sifat menunjuk dan rasa megah
Dan setelah dirimu halal bagiku
Ku bersujud pada-Nya

Ya Allah Kurniakan aku isteri penyejuk pandangan mata dan juga penawar qalbi
Di dunia dialah isteri dan di akhirat dia lah bidadari
Ya Allah Kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah
Agar dapat terus menegakkan agama Islam di bumi yang fana ini

Nukilan :: Gopal Manikam

Kaulah Untukku


Tika saat ku bangkit dari tidur 
mata kecil mencari - cari potretnya
Ku dakap, cium dan usap bingkai gambar itu
Serasa dirimu dekat, dan tidak pernah menjauh
Ku tatap ruang matamu, sirna menyatakan pengharapan yang mendalam

Tika ku melangkah selangkah demi selangkah
Ku dapat rasakan hirupan asmara yang bernafas
Hela hembusan yang hangat menyelubungi
Memberi kekuatan dalam jiwa yang dulu kekeringan

Ku berjanji denganmu wahai kasih
Sebelum diriku meninggalkan alam yang fana ini
Terpahatlah dirimu tersergam di singgahsana hati
Kau untukku, dan aku untukmu...

::Nukilan:: Gopal Manikam

Kenapa aku malas ?



Berkali-kali, malahan beribu-ribu kali
Soalan ini bertubi-tubi menerpa diri
Cuba bermonolog sendiri
Demi mencari kekuatan insani

Malas, ye memang aku sedari
Kemalasan merantai personaliti 
Menggagalkan aku mengejar impi
Yang semakin menjaraki

Ku cuba mengimbau semula
Di saatku darjah dua
Pernah menduduki tangga pertama
Aku bangga, walaupun ku taklah sehebat mana

Ke mana hilangnya semangatku yang dulu
Yang tiada kenal erti berputus asa
Pastinya ia tidak akan hilang semudah itu
Ya, pasti masih ada, cuma tidak terzahir dalam jiwa

Sebenarnya aku bukanlah semalas yang ku rasa
Sepatutnya aku tidaklah sedegil ini
Aku yang kukenal adalah aku yang sama
Aku tidak malas, cuma aku tidak memaksa diri
Untuk menghadirkan rajin mengatasi malasku

Selamat tinggal diriku yang malas
Kerana malas itu bukanlah diriku

::Nukilan:: Gopal Manikam

Iman

Yakinlah kita pada Allah
Dia yang memperuntukkan kita jasad dan nyawa
Dia yang menyusun pergerakan alam
Yang tidak pernah terlanggar antara planet
Dan makhluk - makhluk yang ada di sekalian alam ini

Yakinlah kita pada Malaikat
Dia yang sentiasa beribadat kepada Allah
Sangat setia melakukan perintah Allah tanpa ada bantahan
Kenalkah kita dengan Raqib, Atiq, Munkar, Nakir,Malik,
Ridhuan, Mikail, Izrail, Israfil dan jibril

Yakinlah kita pada Al-Kitab
Kitab kita adalah Al-Quran
Adanya 30 Juzuk dan 114 Surah
Mengandungi 6666 Kalamullah
Segalanya telah tertulis untuk kita pelajari

Yakinlah kita pada Rasul
Nabi Muhammad S.A.W utusan terakhir
Baginda menyampaikan wahyu untuk kita, umat akhir zaman
Baginda meninggalkan dua panduan untuk kita
Iaitu Al-Quran dan As-Sunnah

Yakinlah kita pada Hari Kiamat
Hari kita dibangkitkan
Hari amalan - amalan kita dihitung
Pada hari itu penghakiman Allah seadil - adilnya
Mulut terkunci, tangan, kaki dan anggota badan menjadi saksi

Yakinlah kita pada Qada' dan Qadar
Ketentuan yang telah tertulis untuk kita
Ajal maut, rezeki dan soal perjodohan kita
Agar kita percaya bahawa semua itu telah tersurat
Apakah kita masih tidak mahu bersyukur atas Iman kita?


Terima Kasih Pelanggan Hatiku

Tidak pernah ku terlintas
Dia yang hadir sebagai pelangganku
Telah bertukar menjadi kekasih
Kekasih yang telah melanggan hatiku seumur hidupku
Oh.. Terima kasih pelanggan hatiku

Masih teringat saat dia melintasi kedaiku
Tersenyum, dan melangkah sopan
Cantik dan indah tersusun giginya
Matanya bercahaya bersinar memandangku
Oh.. Terima kasih pelanggan hatiku

Lalu ku memberi layanan untuknya
Melayan semua karenah dan pertanyaan
Entah kenapa hati ku gembira pabila ditanya dan ditanya lagi
Sesekali ketawa kecilnya sangat mencairkan jiwa raga
Oh.. Terima kasih pelanggan hatiku
Bukan mudah untukku jatuh cinta

Sungguh keras hatiku menerima kasih baru
Kerana luka lama sungguh dalam bekasnya
Tapi hari ini hatiku ditewaskan oleh seorang pelanggan
Oh.. Terima kasih pelanggan hatiku

Seandainya anugerah cinta ini tertulis untukku
Aku pasti tidak akan mensesiakan dia
Yang tidak pernah lelah menyerikan hari-hariku
Yang tidak pernah gagal menawan taman hatiku
Oh.. Terima kasih pelanggan hatiku

Nukilan :: Gopal Manikam

Erti Cinta


Cinta kita bermula dengan
Menyulam rindu dengan petikan SMS
Menghangatkan cinta dengan kelucuan MMS
Mendendang kata manis melalui panggilan telefon
Hingga larut pagi
Mengenal hati budi melalui pertemuan empat mata
Namun, sedikit kecemburuan telah menghancurkan
Segala pengorbanan dan kesetiaan yang ditunjukkan
Akhirnya ku kenal erti cinta itu
Tidak selalunya memiliki jasadnya
Tapi sering menghadirkan perasaan ingin tahu kisah hidupnya
Walaupun kita tidak lagi saling bercinta

Nukilan :: Gopal Manikam

Dua Bulan

Sebuah planet yang baru ditemu
Ada dua bulan purnama
Satunya terang dan berseri
Bersinar dengan cemerlang
Indahnya tiada terperi

Dan satu lagi bulan itu
Agak malap tanpa cahaya
Suram dan terlindung awan
Tapi angin perlahan - lahan menghembus awan itu
Bulan itu kelihatan semakin bermaya

Dan bulan malap itu adalah aku
Yang dulunya lemah tak terdaya
Kini kembali ceria bertemankan
Cintamu yang seindah bulan berseri
Dan planet baru itu adalah tugu cinta ini

::Nukilan Gopal Manikam::
Next Post Previous Post Home

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...