Tempat meluahkan perasaan, melukiskan apa yang tergambar di jiwa. Penulis adalah seorang amatur dalam penulisan dan berharap untuk memperkembangkan gaya penulisan yang lebih terkini dan berkesan di hati pembaca. Berikan komen yang jujur supaya penulis boleh memperbaiki kelemahan yang ada.

Laman Sari

Kenapa aku malas ?



Berkali-kali, malahan beribu-ribu kali
Soalan ini bertubi-tubi menerpa diri
Cuba bermonolog sendiri
Demi mencari kekuatan insani

Malas, ye memang aku sedari
Kemalasan merantai personaliti 
Menggagalkan aku mengejar impi
Yang semakin menjaraki

Ku cuba mengimbau semula
Di saatku darjah dua
Pernah menduduki tangga pertama
Aku bangga, walaupun ku taklah sehebat mana

Ke mana hilangnya semangatku yang dulu
Yang tiada kenal erti berputus asa
Pastinya ia tidak akan hilang semudah itu
Ya, pasti masih ada, cuma tidak terzahir dalam jiwa

Sebenarnya aku bukanlah semalas yang ku rasa
Sepatutnya aku tidaklah sedegil ini
Aku yang kukenal adalah aku yang sama
Aku tidak malas, cuma aku tidak memaksa diri
Untuk menghadirkan rajin mengatasi malasku

Selamat tinggal diriku yang malas
Kerana malas itu bukanlah diriku

::Nukilan:: Gopal Manikam
Next Post Previous Post Home

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...